OneDeen adalah sebuah kumpulan nasyid yang baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2009. Kumpulan ini ditubuhkan atas inisiatif pelajar kolej poly-tech mara sendiri dari pelbagai jurusan yang terdiri 5 anak muda nan,din,dean,syakir dan pojie. Kerana minat yang amat mendalam terhadap alunan seni nasyid,maka tertubuhlah kumpulan OneDeen. Kumpulan ini juga semakin meningkat dari segi penampilan kerana  banyak memenuhi dan menerima undangan dari pelbagai pihak samada dalam negeri mahupun luar negeri. Matlamat penubuhan OneDeen adalah untuk menyampaikan dakwah melalui alunan-alunan nasyid berserta lirik-lirik yang mengajak saudara dan saudari supaya dekat dengan Allah S.W.T. Disamping itu juga,kami ingin mengajak anak-anak remaja supaya meminati alunan-alunan lagu yang boleh merasakan diri akan tenang dan aman.



Sejarah penubuhan OneDeen bermula pada awal tahun 2008. Kami terdiri dari 9 orang ahli dengan nama ISHTISHAD dan pembawaan kami menggunakan alat music. Makin lama,ahli kumpulan kami berkurangan sehingga 5 orang. Oleh kerana semangat dan impian kami yang tinggi,maka,kami tetap meneruskan perjuangan kami dalam seni nasyid dengan nama ONE NUR pada pertengahan tahun 2008. Setelah membuat analisis,nama ONE NUR ada persamaan dengan nama artis lain. Oleh itu,melalui pandangan sahabat2,nama kumpulan kami ditukarkan kepada ONE DEEN pada awal tahun 2009 dan kami telah yakin nama ini akan terus kekal sampai ke persada seni nasyid tanah air. Pembawaan kami sekarang ini menggunakan minus one.



Perkembangan onedeen…Insya’Allah,jika dimurahkan rezeki,kami akan muncul dengan album sulung kami dalam masa yang terdekat yang bertajuk “KEMBARA CINTA ILLAHI”. Kami harap,sahabat-sahabat advice,elham,arebuddy dan artis lain mendoakan kejayaan kami dan impian kami untuk terbitkan album sulung kami. Doakan kami akan sama2 dapat terus bergerak dalam seni nasyid bersama advice,elham,are-buddy,unic,inteam,hijjaz dan artis nasyid yang lain. Syukran Jazilan kepada semua sahabat2 yang banyak memberi semangat,dorongan dan tunjuk ajar kepada kami terutama abe lan(arebuddy) dan abe zam(dominant studio). Terima kasih semua...perkembangan seterusnya akan datang………………………(^-^)